Current Questions

Hits: 1429

  • DID While a middle town of Lenggong No traffic controller

    Persoalan

    Tuan,

    Aduan mengenai kontraktor dibawah jabatan tuan yg menjalankan kerja di Pekan Lenggong Hulu Perak. Jalan menjadi sesak disebabkan tanda amaran tidak mencukupi, tiada pengawal lalu lintas . Diharap tindakan segera dapat diambil. Sekian terima kasih.

    Jawapan JPS Perak

    Tuan,

    Pihak JPS Negeri Perak sentiasa menyediakan papan tanda dan pengawal lalulintas untuk semua projek-projek di bawah seliaan Jabatan termasuklah di kawasan yang tuan maksudkan iaitu kerja-kerja di kawasan Pekan Lenggong, Hulu Perak. Sekiranya terdapat masalah mengundang berkaitan perkara tersebut, mohon pihak tuan menghubungi pihak JPS Daerah Grik di talian 05-791 1219.

    Sekian, terima kasih.

    Bahagian Korporat,

    b/p Pengarah JPS Negeri Perak

  • A Blank Work At JPS Silver

    Persoalan

    Tuan,

    Bilakah kebiasaannya jawatan kosong akan dikeluarkan? Saya berminat untuk menyertai dalam jabatan ini.

    Jawapan JPS Perak

    Puan,

    Untuk makluman puan, bagi penjawatan sokongan 1 dan sokongan 2 ianya di bawah pengurusan pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Negeri Perak. Manakala, bagi skim penjawatan Persekutuan bolehlah mengisi borang di laman portal SPA seperti berikut : http://www.spa.gov.my

    Pihak JPS Negeri Perak tidak mempunyai kuasa bagi membuat pengambilan kakitangan bagi Jabatan ini. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan, Negeri Perak Darul Ridzuan.

    Sekian, terima kasih.

    Bahagian Korporat,

    b/p Pengarah JPS Negeri Perak

  • The problem of water supply interruption

    Persoalan

    Salam Aidlfitri. Di sisi saya ingin mengadukan masalah gangguan bekalan air yang dialami ketika pulang ke kampung untuk meraikan hari raya di Kampung Teluk Sareh, Kampung Gajah, Perak. Masalah gangguan air tersebut berlaku semenjak sehari sebelum hari raya pertama dan berlarutamn hingga hari raya yang ketiga. Bekalan air terputus dan hanya pulih pada waktu tengah malam sahaja. Perkara ini sudah berlarutan selama beberapa tahun. Harap pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak akan mengambil maklum berkenaan dengan masalah tersebut supaya tidak berlaku lagi pada masa hadapan. Terima kasih.

    Jawapan JPS Perak

    Waalaikum salam, Berkenaan masalah yang pihak tuan kemukakan, ia lebih berkait rapat dengan Lembaga Air Perak kerana ianya merupakan skop bagi bekalan air ke rumah-rumah. Pihak kami akan memanjangkan perkara ini untuk tindakan sewajarnya pihak yang terlibat. Terima kasih kerana mengemukakan pandangan demi menjamin kebaikan dan kesejahteraan rakyat dan warga Negeri Perak khususnya.

  • Information about the kinta River.

    Persoalan

    Hi, my name is Wong Yoon Sing, now is a student at USM. I want to ask is there any information about the Kinta River? What is the status of the Kinta River now. This information is needed for my assignment.

    Thank You.

    Answer DID Silver

    Kinta River is one of the important rivers in the State of Perak Darul Ridzuan and it is one of the main tributaries of Sungai Perak. Kinta River starting from Mount Korbu and ends in the encounter with the Perak River in Pasir Salak with an approximately 100 km in length and with an area a catchment 2500 km. Along the Kinta River there are eight streams that contribute water and also contaminants, namely Sungai Pari, Buntong River, Sungai Sungai Raya Kledang Pinji, River, River, Sungai Kampar and Johan River Chenderiang. Kinta river water quality information increased from 2008 to 2009, from class 3 to class 2B. To get the latest information of the kinta river water quality, the brother can get it from the State Department of the environment in which the Department is responsible for issuing official statement of water quality.

    Official data of the Kinta river water quality for 2010 has not yet been obtained this Department from the Department of the environment.

  • The problem of water supply to plots in the districts of South seberang Perai

    Persoalan

    Assalamualaikum,

    Saya ingin memohon pihak JPS Perak prihatin dengan kami di Daerah Seberang Perai Selatan, Sungai Acheh. Kami mengalami masalah air yang kering di petak sawah.

    Sekian, terima kasih.

    Jawapan JPS Perak

    Walaikumsalam,

    Pihak kami prihatin berkaitan masalah kekurangan bekalan air ke petak sawah. Tetapi, sekiranya pihak tuan dapat memberi lebih maklumat berkaitan masalah tuan dan maklumat peribadi tuan untuk kami hubungi bagi membantu masalah ini.

    Sekian, terima kasih.

  • River Bank collapsed in Kg Teluk Kepayang

    Persoalan

    Assalamualaikum,

    Dimohon agar JPS Perak segera membetulkan runtuhan tebing sungai di Kampung Teluk Kepayang, Bota. Terdapat penduduk yang sudah kehilangan sebahagian tanah. Dicadangkan agar penanaman pokok buluh dilakukan di sepanjang kawasan terbabit.

    Sekian, terima kasih.

    Jawapan JPS Perak

    Walaikumsalam,

    Perkara ini telah dipanjangkan kepada pejabat JPS Daerah Perak Tengah. Jabatan memandang serius terhadap masalah tebing sungai runtuh terutama apabila melibatkan nyawa manusia. Perkara ini boleh dirujuk dengan menghubungi pejabat JPS Daerah Perak Tengah di talian 05-3712141.

    Sekian, terima kasih.

  • Obstacles In Muara Sungai Jejawi, Bota Kiri

    Persoalan

    Assalamualaikum,

    Terdapat halangan aliran air di muara Sungai Jejawi Bota Kiri disebabkan pembinaan jalan oleh pengusaha pasir En Li bin Kamruddin bagi mengeluarkan pasir sungai selaras dengan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) Seksyen 55. Minta siasatan segera. Masalah banjir bagi penduduk Kampung Pulau Pisang, Bota Kiri, Perak.

    Sekian, terima kasih.

    Jawapan JPS Perak

    Walaikumsalam,

    Perkara ini telah dipanjangkan kepada pejabat JPS Daerah Perak Tengah untuk tindakan selanjutnya. Pihak JPS memandang serius terhadap masalah berkaitan banjir. Pihak puan boleh menyemak status aduan dengan hubungi JPS Daerah Perak Tengah di talian 05-3712141.

    Sekian, terima kasih.

    P/S : Pihak Jabatan mengalu-alukan sebarang aduan demi kesejahteraan rakyat. Pihak Jabatan memohon kerjasama agar mengisi butiran maklumat peribadi agar mudah dihubungi untuk berbincang berkaitan aduan yang dibangkitkan.

  • Examples of Complaints 1

    Persoalan

    Sepanjang parit yg turun dari Hospital Slim River melalui kawasan Taman Slim, Slim River, begitu semak, diperhatikan tiada pemantauan dari pihak JPS sehingga ada org yg berani buat pondok dan reban ayam. Kekadang dilihat ada ular yang keluar dari kaws berkenaan, padahal kawasan ini terletak di dalam bandar. Minta JPS tolong cerahkan sikit kawasan dibawah kawalan.

    Jawapan JPS Perak

    Terima kasih atas perhatian tuan. Pihak kami akan menyiasat perkara tersebut dalam masa terdekat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

    Sekian, terima kasih.

    p/s : Pohon kerjasama tuan untuk memberi maklumat tentang diri tuan sepenuhnya untuk tujuan pengrekodan dan untuk menghubungi tuan.

  • Filling vacancies at JPS

    Persoalan

    Assalamualaikum,

    Bagaimana untuk memohon kekosongan jawatan di jabatan ini?

    Jawapan JPS Perak

    Walaikumsalam,

    Untuk makluman tuan, terdapat 2 kategori penjawatan di mana-mana sektor awam. Ia terbahagi kepada 2 iaitu perlantikan persekutuan dan perlantikan negeri. Bagi Lantikan persekutuan, tuan boleh memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Bagi Perlantikan Negeri, tuan boleh memohon melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Bagi Negeri Perak, sila layari portal rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

    Sekian, terima kasih.

  • Construction waste disposal House on River reserve & structure (stores), plants on the river reserve squirrel taiping, perak.

    Persoalan

    Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

    Saya dengan rendah diri memohon jasa baik tuan bagi menyiasat berkenaan perkara di atas. Yang jelas telah mewujudkan persepsi negatif di kalangan masyarakat. Perkara tersebut berlaku di Lorong 7, Taman Seri Kota, Taiping, Perak (Bahagian Sungai Tupai). Surat rasmi akan disusuli kemudian dan akan dimajukan ke JPS peringkat Daerah Larut Matang.

    Jawapan JPS Perak

    Waalaikummussalam dan salam 1 Malaysia,

    Terima kasih di atas aduan/pandangan daripada pihak tuan. JPS Negeri Perak amat mengalu-alukan sebarang aduan/pandangan demi kepentingan rakyat Negeri Perak. Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada pejabat JPS Daerah Larut, Matang & Selama. Pihak tuan boleh mendapatkan maklumbalas daripada JPS Daerah LMS di talian 05-8073694.

    Sekian, terima kasih.

  • Disruption of water supply in Kamunting

    Persoalan

    Assalamualaikum,

    Terdapat gangguan bekalan air di Kamunting, Taiping, Perak. Harap tuan dapat menyelesaikan secepat mungkin.

    terima kasih.

    Jawapan JPS Perak

    Waalaikummussalam,

    Notis adalah dengan ini diberikan bahawa Jabatan Pengairan dan Saliran (pula) tidak merupakan agensi yang bertanggungjawab berkaitan dengan gangguan bekalan air. Boleh merujuk kepada ruangan FAQ berkaitan dengan perkara ini.

    PULA Negeri Perak telah telah memanjangkan aduan tersebut ke dalam Lembaga air Perak. Puan boleh menghubungi Lembaga Air Perak (LAP)LAP) untuk maklum balas selanjutnya.

    Sekian, terima kasih.

  • Examples of Complaints 2

    Persoalan

    Mohon membesar dan mendalam longkang di belakang SK Sri Kinta. Sekolah ini sering mengalami banjir.

    Jawapan JPS Perak

    Permohonan puan akan dipanjangkan kepada JPS Daerah Kinta/Batang Padang dan dipertimbangkan untuk tindakan sewajarnya. Terima kasih atas kerjasama puan memaklumkan maklumat berkaitan banjir di kawasan tersebut.

  • The Pilot Course

    Persoalan

    saya ingin tahu bagaimana cara untuk menghadiri kursus tersebut.

    Jawapan JPS Perak

    permohonan kursus jurumudi boleh dipohon kepada JPS Negeri Perak melalui borang permohonan kursus dan surat rasmi (setakat ini kursus hanya dibuka kepada kakitangan JPS sahaja).

  • Transparency

    Persoalan

    Mohon JPS Kerian menentukan hanya pemborong yang sah saja boleh mendaftar lawatan ke tapak kerja. Apa yang terjadi di masa yang lalu seorang pemborong boleh mendaftar 5 hingga 10 lesen. Ianya tidak dipanggil sebagai lawatan mandatori.

    Jawapan JPS Perak

    Untuk makluman tuan, JPS Negeri Perak secara amnya tidak mempunyai kemampuan untuk memantau sama ada seorang kontraktor/pemborong mempunyai 1 atau 2 atau lebih lesen bagi beliau mendaftar lawatan. Hanya berdasarkan info/pengalaman yang diketahui sahaja. Tetapi pihak JPS akan sentiasa memberi perhatian yang sewajarnya sekiranya terdapat apa-apa keraguan yang muncul dalam sesuatu kerja yang ditawarkan.

  • Examples of Complaint 3

    Persoalan

    Sepanjang parit yg turun dari Hospital Slim River melalui kawasan Taman Slim, Slim River, begitu semak, diperhatikan tiada pemantauan dari pihak JPS sehingga ada org yg berani buat pondok dan reban ayam. Kekadang dilihat ada ular yang keluar dari kaws berkenaan, padahal kawasan ini terletak di dalam bandar. Minta JPS tolong cerahkan sikit kawasan dibawah kawalan.

    Jawapan JPS Perak

    Terima kasih atas perhatian tuan. Pihak kami akan menyiasat perkara tersebut dalam masa terdekat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

    Sekian, Terima kasih

    p/s : Pohon kerjasama tuan untuk memberi maklumat tentang diri tuan sepenuhnya untuk tujuan pengrekodan dan untuk menghubungi tuan.

  • Reserve DID

    Persoalan

    Greetings. I want to complain why there are nobody who are concerned about DID land reserves being explored by irresponsible individuals?

    Jawapan JPS Perak

    Walaikumussalam

    For your information, DID is committed to all of their river reserves that are available. Related to gynecological problems, most likely the incident took place outside the Perak State DID knowledge. Accordingly, kindly inform us more detailed about the river reserves invasions such as place, name of the river and etc.

    Thank you.

  • Kekerap Problem Of Flash Floods

    Persoalan

    Salam hormat.

    Saya ingin melaporkan masalah banjir kilat yang semakin kerap berlaku dan hari ini (21/3/2011) semakin teruk sehingga ke paras pinggang) di rumah Ayah saya dialamat dibawah:- No 9 Tali Air Kiri, Kampung Pancur, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak Pada pandangan saya, punca banjir kilat yang kerap berlaku pada adalah disebabkan oleh :- 1. Parit Buang yang semak dan jarang dibersihkan (Tidak seperti waktu ayah saya bekerja di JPS Kerian) 2. Lubang air di bawah Highway PLUS yang sempit dan tidak mampu mengalirkan air dengan cepat. Hasilnya, banjir sebelum highway dan tidak selepas highway. 3. Tiada pemantauan mengenai pembinaan titi oleh pengusaha-pengusaha Ikan kelisa yang hanya menggunakan round culvert yang kecil. Sepatutnya mereka menggunakan U-shape Culvert semasa membina titi. Ini menyebabkan laluan air menjadi sempit dan air mudah naik. Banjir ini kerap berlaku dan tahun ini kekerapan dan kedalamannya semakin meningkat. Kerjasama pihak JPS dalam menangani masalah ini amat dihargai.

    Jawapan JPS Perak

    Salam hormat.

    Aduan tuan telah diambil maklum dan disiasat oleh pihak kami. Tuan boleh menghubungi Bahagian Korporat JPS Negeri Perak ataupun JPS Daerah Kerian untuk mengetahui status semasa.

    terima kasih.

  • Apply for farm land River reserve

    Persoalan

    Assalamualaikum...pertamanya saya ingin bertanyakan berkaitan tanah rizab sungai.

    1. Adakah tanah rizab sungai berada dibawah tanggungjawab JPS?.
    2. Bolehkan saya memohon pajakan atau milik tetap tanah rizab sungai?
    3. Bolehkah saya memohon untuk mengusahakan tanah rizab sungai bagi tujuan pertanian?

    Harap pihak JPS dapat membantu.

    Jawapan JPS Perak

    Waalaikumussalam...

    Untuk makluman tuan, rizab sungai memang merupakan tanggungjawab JPS. Bagi tujuan mengusahakan tanah rizab bagi tujuan pertanian, tuan tidak digalakkan berbuat demikian. Akan tetapi, tuan boleh membuat permohonan kepada Jurutera Daerah JPS yang berkenaan berkaitan perkara tersebut.