Ipoh, 14 Februari 2017 - Majlis Pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan Logo EKSA JPS Perak telah disempurnakan oleh Tuan Haji Juhaimi bin Jusoh, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 5, Bangunan Seri Perak.
Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Haji Juhaimi menyarankan agar menjadikan amalan 5S sebagai agenda utama. Beliau juga berharap agar JPS Negeri Perak akan memperolehi Persijilan EKSA seperti yang dirancang.
Majlis ini turut dihadiri oleh semua Jurutera Daerah dan Ketua-ketua Bahagian