EKSPEDISI SUMBER AIR SUNGAI PERAK 2017
Kemaskini Terakhir: 10 July 2020.

EKSPEDISI SUMBER AIR SUNGAI PERAK 2017

Jumlah paparan: 104

gambar1   gambar2   gambar3

Pasir Salak, 23 Julai 2017 - Selama empat (4) hari tiga (3) malam bermula 20 Julai hingga 23 Julai 2017,  telah diadakan program Ekspedisi Sungai Perak Sempena Tahun Melawat Perak 2017 di antara pihak Media, Penyelidik dan Badan Bukan Kerajaan (NGOs).

Program ini bertujuan untuk mendedahkan wartawan/bakal penulis kepada aspek kepentingan sumber air, ekosistem akuatik dan alam sekitar, menyediakan platform dan ruang penyelidikan rakan akademik IHP Malaysia, menjelajah keistimewaan Sungai Perak sekitar Kuala Kangsar untuk dibangunkan seperti laluan berbasikal dan ciri-ciri sungai.

gambar4   gambar5   gambar6

gambar7   gambar8   gambar9