Ipoh, 12 September 2017 - Sambutan Hari Inovasi telah diadakan di Dewan Dato' Abdul Rahman, Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak dan Majlis Sambutan Hari Inovasi JPS Perak Tahun 2017, dirasmikan oleh YB. Dato' Zainol Fadzi Bin Hj. Paharudin, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air dan dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan JPS termasuk dari daerah-daerah.
Beberapa inovasi telah dipamerkan oleh daerah-daerah yang mengambil bahagian dan kebanyakan kategori dimenangi oleh Daerah Larut, Matang dan Selama dan seterusnya terpilih sebagai JPS Daerah Terbaik.