Taiping, 11 November 2017 - Karnival Sukan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak (JPS Perak) 2017 telah berlangsung pagi tadi bertempat di Kompleks Rakan Muda Kamunting, Taiping, Perak dengan meriahnya dan dirasmikan oleh Pengarah JPS Perak, Tuan Haji Juhaimi bin Jusoh.