Ipoh, 24 November 2017 - Beberapa majlis telah diadakan untuk meraikan persaraan Pengarah JPS Negeri Perak, Tuan Hj. Juhaimi bin Jusoh. Sambutan tersebut dimulai dengan Majlis Malam Kenangan di Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai pada malam semalam dan diikuti pula Majlis Perpisahan pada petang tadi bertempat di ruang foyer, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak.