Ipoh, 12 Julai 2018 - Perjumpaan Pengarah bersama Warga JPS Perak Sempena Aidilfitri 1439H dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Dato’ Zainol Fadzi Bin Haji Paharudin, OBJ Kinta, Pengarah Jabatan/Agensi Kerajaan bertempat di Dewan Serbaguna Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak.
Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pemilihan Zon Meletup iaitu gabungan pertandingan karaoke raya dan gerai tercantik. Majlis juga diserikan dengan nyanyian daripada Pengarah dan pegawai-pegawai serta kakitangan JPS Perak. Di akhir aturcara, Zon Belida telah dinobatkan sebagai Zon Meletup dan menerima hadiah daripada Pengarah.