Ipoh, 24 September 2018 - Sambutan Hari Inovasi telah diadakan di Ballroom Hotel Excelsior, Ipoh, Perak yang dirasmikan oleh YB. Dato' Zainol Fadzi Bin Hj. Paharudin, Penasihat Khas kepada YAB Menteri Besar Perak bertaraf EXCO dan dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan JPS termasuk dari daerah-daerah.
Beberapa inovasi telah dipamerkan oleh daerah-daerah yang mengambil bahagian dan kebanyakan kategori dimenangi oleh Pejabat JPS Daerah Larut, Matang dan Selama dan seterusnya terpilih sebagai JPS Daerah Terbaik.