LAWATAN KERJA KE PROJEK SALIRAN MESRA ALAM SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN, DAERAH SUNGAI SIPUT, PERAK DARUL RIDZUAN

Jumlah paparan: 447

gambar1   gambar2   gambar3

Sungai Siput, 18 Oktober 2022 - Satu lawatan ke Projek Saliran Mesra Alam Daerah Sungai Siput, Perak Darul Ridzuan telah dilakukan oleh YB Dato' Zolkafly bin Harun untuk meninjau perkembangan projek ini.

Projek telah diusahakan sejak 20 Ogos 2021 dan dijangka siap sepenuhnya pada 26 Februari 2024. Ianya adalah hasil usahasama antara Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak bagi memastikan rakyat menikmati kehidupan yang lebih selesa dengan mengurangkan kejadian banjir yang sering melanda kawasan ini.

Objektif projek ini adalah untuk meningkatkan keupayaan sistem perparitan dalaman dan sungai-sungai yang terlibat bagi mengurangkan masalah banjir kilat yang berlaku di kawasan perbandaran dengan memfokuskan 4 batang sungai di dalam Mukim Sungai Siput Utara iaitu Sg. Buloh, Sg. Nyamuk, Sg. Bemban dan Sg. Sintang yang menelan belanja hampir RM21 juta.

gambar4   gambar5   gambar6

gambar7   gambar8   gambar9

Tags: Berita