Polisi e-Penyertaan

Jumlah paparan: 2264

Laman Web Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak (JPS Perak) telah maju setapak lagi untuk menyediakan dasar yang tepat untuk rakyat bagi menjelaskan peraturan-peraturan dan garis panduan penyertaan mereka di Laman Web.


JPS Perak mengalu-alukan anda melayari laman web pentadbiran ini. Kami menghargai penggunaan alat yang kami disediakan melalui laman web kami. JPS Perak bergantung kepada penyertaan dan sumbangan anda yang amat berharga untuk membangunkan program-program dan komunikasi dua hala.


Dalam usaha untuk menyediakan anda dengan maklumat terkini dan peluang untuk menyertai dalam proses pembangunan dan meningkatkan perkhidmatan kami, laman web JPS Perak memakai beberapa peralatan untuk meningkatkan komunikasi dua hala, iaitu melalui maklumbalas dan undian/bancian. Di samping itu, laman web ini membolehkan interaksi dalam rangkaian media sosial seperti Facebook dan Twitter.


Oleh itu, JPS mengalu-alukan semua perbincangan objektif dan konstruktif di laman web di samping memelihara hak penerbitan. Kami menggesa pelawat kami untuk mematuhi perkara-perkara yang berikut :
1 . Mengelak daripada membincangkan isu-isu politik.
2. Gunakan bahasa yang sesuai.
3. Penggunaan yang betul dalam bahasa Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.

Saluran komunikasi :