Peranan

Menyediakan khidmat perancangan dan pelaksanaan dasar jabatan dan kerajaan, memantau prestasi program pembangunan, menyelaras maklumat yang berkaitan dengan kerja servis, menyelaras aduan pelanggan dan meningkatkan imej jabatan bagi memastikan perkhidmatan JPS memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan.

Fungsi

  1. Urus setia bagi laporan-laporan berkala jabatan
  2. Urus setia bagi mesyuarat-mesyuarat utama JPS Perak
  3. Urus setia kepada jawatankuasa dan program-program kualiti JPS Perak
  4. Melapor kemajuan projek-projek pembangunan Persekutuan dan Negeri
  5. Mengendalikan aduan awam
  6. Menguruskan pelaksanaan dasar-dasar baru Kerajaan dan Jabatan
  7. Meningkatkan tahap kompetensi kakitangan JPS Perak melalui penyelarasan permohonan kursus
  8. Menyelaras khidmat perundingan kepada Agensi Pelanggan dalam pelaksanaan projek pembangunan