Visi
Mewujudkan Sistem Pengurusan Kewangan yang berteraskan integriti dan budaya kerja cemerlang.

Misi
Melaksanakan sistem pengurusan kewangan dengan efisyen dan efektif ke arah merealisasikan visi jabatan.

Objektif

  1. Memastikan Bajet Mengurus JPS Perak dirancang, disedia dan diuruskan mengikut keperluan dan keutamaan.
  2. Memastikan Pengurusan Kewangan JPS Perak dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa dengan cekap dan berhemah.
  3. Memastikan semua Prosesan Bayaran dilaksanakan dalam tempoh 10 hari bagi peruntukan negeri dan 14 hari bagi persekutuan.
  4. Memastikan penyelenggaraan dan penyediaan akaun JPS Perak yang kemaskini, tepat dan teratur.

Fungsi

  1. Penyediaan anggaran belanjawan tahunan untuk JPS Perak.
  2. Mengeluarkan Waran Peruntukan Kecil ke Daerah.
  3. Menguruskan keperluan pindah/tambah peruntukan JPS Perak.
  4. Urusan Pesanan Kerajaan dan bayaran baucer JPS Perak.
  5. Kawalan Buku Vot Belanja Mengurus dan Pembangunan Peruntukan Negeri dan Persekutuan.
  6. Penjualan dokumen-dokumen sebutharga dan tender.
  7. Penyelenggaraan Akaun Amanah Deposit.
  8. Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun.
  9. Menyelenggara rekod-rekod kawalan kewangan secara kemaskini dan teratur.

Piagam Pelanggan

  1. Mengagihkan semua waran peruntukan kecil dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh penerimaan waran.
  2. Menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus dan Pembangunan bagi tahun berikut sebelum akhir bulan Mac.
  3. Pembayaran dilaksanakan dalam tempoh enam (6) hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
  4. Memastikan supaya tuntutan perjalanan dan elaun lebih masa dibuat pembayaran dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap.