Pengenalan

Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME) merupakan salah sebuah bahagian di bawah JPS Perak yang memain peranan penting didalam melaksanakan fungsi dan menentukan kejayaan jabatan. BPME dikhususkan dan dipertanggungjawabkan melaksanakan kerja-kerja dalam bidang mekanikal dan elektrikal. Perkhidmatan yang maksudkan adalah seperti berikut:

(i)  Perancangan, rekabentuk, perolehan, perlaksanan pemantauan terhadap semua sistem dan peralatan M&E jabatan.

(ii)  Pemasangan, penyelenggaraan, menaiktaraf dan nasihat teknikal kepada semua sistem dan peralatan M&E.

(iii)  Membantu mengurus aset M&E jabatan.

Antara teras dan perkhidmatan utama yang penting adalah penyelenggaraan, pembangunan dan penjagaan Pintu Air, Pam Air, Sistem Automasi dan SCADA, Pengurusan jentera dan loji, kecekapan tenaga dan elektrikal serta perkhidmatan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Objektif

Untuk menyediakan perkhidmatan perundingan dan pengurusan Mekanikal dan Elektrikal yang professional serta bermutu tinggi kearah kepuasan hati pelanggan, amalan kejuruteraan yang baik dan serasi dengan alam sekitar. Antaranya ialah :

  1. Mengurus pengendalian operasi dan penyelenggaraan loji dan peralatan sistem mekanikal dan elektrikal yang berkesan serta membuat pemantauan dan kawalan prestasi yang cekap dan tepat.
  2. Menyediakan perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan mekanikal dan elektrikal ke arah teknologi baru bagi memaksimumkan hasil.
  3. Mewujudkan interaksi yang cekap serta memberi khidmat nasihat teknikal yang professional kepada pelanggan mengenai sistem peralatan mekanikal dan elektrikal di loji-loji yang berkaitan.
  4. Pembangunan sistem pengurusan maklumat terkini berkaitan loji dan peralatan mekanikal dan elektrikal bagi memenuhi keperluan jabatan.
  5. Mengkoordinasi dan mengintegrasi teknik dan kerja Mekanikal & Elektrikal serta menyelaraskan pengurusan kerja dengan JPS Daerah dan agensi-agensi lain.
  6. Mempertingkatkan dan membangunkan sumber tenaga manusia yang kompetan dan mampu melaksanakan kerja dengan cemerlang dan berkesan.
  7. Khidmat perolehan dan pelupusan Aset Mekanikal dan Elektrikal mengikut keperluan dan ketentuan.

Fungsi

i)     Perolehan jentera dan kelengkapan mekanikal yang sesuai, yang diperlukan oleh Jabatan dari semasa ke semasa.

ii)     Peningkatan dan pembaikan kelengkapan mekanikal dan juga jentera Jabatan (kenderaan, jentera berat, pam termasuk pam pegun dan pam bergerak).

iii)     Reka cipta dan / atau pengumpulan, pentauliahan, pengujian dan pembaikan semua Pintu Air dan komponennya di bawah skim Jabatan Pengairan dan Saliran.

iv)     Reka bentuk, pentauliahan, pengujian dan pembaikan semua Pam dan komponen pam di dalam skim Jabatan Pengairan dan Saliran.

v)     Reka bentuk, pentauliahan, pengujian dan kemudian menjaga semua peranti mekanikal yang digunakan oleh Jabatan 

vi)     Menguruskan semua item kejuruteraan mekanikal terpilih.

vii)     Program latihan dan pembinaan kemahiran kakitangan Jabatan dalam menguruskan dan menyelenggara item mekanikal Jabatan.

viii)     Menjalankan penyelidikan dan pembangunan dengan tujuan untuk menambah baik dan memodenkan input kejuruteraan mekanikal Jabatan untuk mengekalkan keberkesanan dalam memenuhi keperluan Jabatan.

Tugas Dan Tanggung Jawab

  1. Merancang, mengurus, mengawal, memantau dan mengemaskini kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan Mekanikal & Elektrikal di Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak
  2. Merancang, merekabentuk dan menyelia perlaksanaan projek-projek pembangunan.
  3. Merancang, mengurus, menyelaras, mengemaskini dan memantau perbelanjaan Peruntukkan-Peruntukkan Pembangunan dan Belanja Mengurus serta menyediakan laporan-laporan bulanan/tahunan kerja-kerja pembangunan dan mengurus serta lain-lain yang berkaitan.

Aktiviti
Menyediakan Khidmat Nasihat Kepakaran Ke Atas Aktiviti-Aktiviti Mekanikal & Elektrikal.

  • Mengkaji dan menaiktaraf sistem rumah pam dan pintu kawalan yang sedia ada kepada sistem automasi.
  • Melaksanakan program 'Schedule Maintenance' bagi memastikan peralatan M & E berada dalam keadaan baik dan beroperasi.
  • Melaksanakan pengawasan dan 'Technical Auditing' untuk projek-projek M & E yang dijalankan di JPS Negeri.
  • Melaksanakan program kerjasama dengan Pusat Ujian Pam BPM Ipoh bagi menguji tahap kecekapan pam 'Performance Test' keatas pam-pam yang sedia ada dirumah pam milik JPS Perak.
  • Mengadakan kajian semula rekabentuk pintu air bersesuaian dengan keadaan persekitaran semasa dengan menggunakan bahan dan kaedah baru.


Memberi khidmat Perunding dan Pengurusan bagi kerja-kerja M & E untuk setiap projek berkaitan bagi JPS Negeri Perak.

  • Menyediakan garis panduan serta manual dan lain-ain dokumen sebagai 'Term of Reference' bagi projek-projek M & E.
  • Memberi ulasan dan pandangan terhadap draft dokumen bagi kerja-kerja M & E  bersesuaian dengan kehendak pelanggan.