Projek

PROJEK : SISTEM MAKLUMAT HIDROLOGI NEGERI PERAK

Sistem maklumat hidrologi Malaysia telah dibangunkan dalam awal tahun 1996. Oleh yang demikian ianya merupakan satu rangkaian nasional yang menyeluruh bagi tiap-tiap negeri di Malaysia. Di dalam pengkalan data ini data-data yang dimuatkan adalah data ;

(i) Hujan

(ii) Sejatan

(iii) luahan sungai

(iv) Endapan Ampai sungai

(v) Kualiti Air Sungai

(vi) Data Spatial untuk GIS.

Untuk memenuhi data-data yang diperlukan kerja-kerja pengumpulan data-data berkenaan adalah dikutip/diperolehi secara manual ataupun dengan menggunakan alat logger.

Bagi Sistem Telemetri di Negeri Perak, satu sistem telah dibangunkan seawal tahun 90an. Dengan peredaran masa dan kemajuan teknologi alat-alat sediada telah mula ketinggalan zaman yang mana hasilkerja tidak kompatibel dengan kehendak semasa. Negeri Perak juga telah mengalami masalah dalam pengumpulan data di mana keupayaan pengumpulan adalah pada tahap 30% sahaja pada sekitar tahun 2007. Memandangkan masalah besar yang dihadapi oleh Negeri Perak, pihak Hidrologi Ibu Pejabat telah mencadangkan satu projek Menaiktaraf Sistem Telemetri Negeri Perak dijalankan.

Pada bulan Ogos 2009 satu tender yang berkenaan telah dijalankan dan masih dalam pembangunan sehingga kini.