Sumbangan Saliran Negeri Perak ini ditubuhkan setelah diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil 1634 yang telah bersidang pada 22hb September 2010. Ianya merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri bagi meningkatkan hasil di Negeri Perak.

Jawatankuasa Sumbangan Saliran Negeri Perak dipengerusikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan terdiri dari ahlinya dari Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Pengarah JPS Perak, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Tempatan, Pengarah UPEN dan Timbalan Pengarah JPS Perak sebagai setiausaha.

gallery

Perundangan membenarkan sumbangan saliran dikenakan ke atas pemaju ialah Seksyen 51(3), (4) dan (5) Akta Jalan , Parit dan Bangunan 1974, PBT dengan kuasa Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

gallery

Kadar yang telah dipersetujui oleh MMK bagi kutipan bayaran sumbangan saliran yang perlu dibayar oleh pemaju ialah RM5,000.00 seekar bagi Majlis Bandaraya Ipoh, RM4,000.00 seekar bagi Majlis Perbandaran dan RM3,000.00 seekar bagi Majlis Daerah. Wang Sumbangan Saliran adalah tertakluk kepada tatacara Akaun Amanah Sumbangan Saliran Negeri Perak yang mana ia adalah khusus untuk digunakan untuk membiayai perbelanjaan manaiktaraf sistem saliran di Negeri Perak.

gallery

JPS Perak selaku setiausaha bertanggungjawab mengurus mesyuarat dan urusan surat menyurat, mengumpul dan memantau maklumat kutipan dan agihan wang sumbangan saliran. Jawatankuasa Sumbangan Saliran hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun dan kuorum mesyuarat hendaklah sekurang-kurangnya empat (4) ahli.

gallery

Pada tahun 2011, Jawatankuasa Sumbangan Saliran telah bermesyuarat 2 kali. Mesyuarat yang pertama diadakan pada 20.5.2011 dan mesyuarat kedua adalah pada 22.12.2011. Mesyuarat telah membincangkan mengenai kutipan wang sumbangan saliran yang diterima dari PBT, cadangan projek untuk diluluskan menggunakan wang sumbangan saliran termasuk pengagihan peruntukan ke PBT dan juga permohonan-permohonan pengecualian wang sumbangan saliran. Mesyuarat kebiasaannya diakhiri dengan sesi sidang akhbar tempatan dengan memaklumkan perkembangan terkini Jawatankuasa Sumbangan Saliran dan faedahnya dalam menangani masalah banjir dengan kerja-kerja menaiktaraf yang dapat dijalankan oleh PBT dengan menggunakan wang sumbangan tersebut.

gallery