Kemaskini Terakhir: 17 April 2024.

"Morning Walk" Kledang-Saiong Wilderness Park (23 Julai 2011)

Seramai 24 pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran Perak (JPS) telah turut menyertai program kesedaran alam sekitar anjuran PKNPk melalui Program BioDCity di Kledang Saiong Wilderness Park pada 23 Julai 2011. Pasukan JPS dalam aktiviti di kawasan hutan terpelihara berdekatan Bandaraya ipoh ini telah diketuai oleh Timbalan Pengarah Tn Hj. Juhaimi bin Jusoh yang mewakili Pengarah JPS Negeri Perak yang tidak dapat hadir kerana menghadiri Mesyuarat JTJPS di Johor.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli dengan aktiviti regangan dan berjalan kaki mendaki bukit sejauh 1km. Kesemua aktiviti dan program ini telah diketuai oleh Ketua Eksekutif PKNPk Dato' Shamsuddin. Selepas mendaki bukit Dato Dr. Shamsudin telah memberi ucapan ringkas akan pendekatan pembangunan di kawasan ini yang menitik beratkan alam sekitar dengan tanggungjawab yang perlu dipikul di peringkat global.

Program kemudian diteruskan dengan upacara menandatangani plak oleh Dato' Ketua Eksekutif PKNPk dan wakil-wakil JPS dan Jabatan Perhutanan. Semua pseserta kemudian dibawa masuk merentasi hutan dan ke Sg Sah yang masih lagi bersih dan jernih. Adalah menjadi tanggungjawab JPS untuk memlihara kebersihan sungai dalam arus pembangunan yang semakin mencabar.

gallery

gallery

gallery

gallery

Sesi "Hands-On" Penyimpanan Data GIS JPS Negeri Perak(16 Dis. 2010)

Pada 16 Disember 2010 Bahagian Sungai JPS Negeri Perak telah mengadakan Sesi “Hands-on” Penyimpanan Data GIS Untuk Program jps@komuniti untuk pegawai-pegawai dari Pejabat-Pejabat Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran seluruh Negeri Perak. Sesi ini adalah lanjutan kepada sesi kursus pengenalan kepada aplikasi GIS yang telah diadakan pada tahun 2009 dan pelaksanaan program jps@komuniti.

Sesi di Bilik Mesyurat Tingkat 5, JPS Negeri Perak ini dikendalikan oleh En. Muhamad Azian bin Radzali dan dibantu oleh Tn. Hj. Abdul Halim bin Dahlan. Peserta terdiri dari Penolong Jurutera, Juruteknik dan Pelukis Pelan yang terlibat secara langsung dengan penggunaan GIS di pejabat masing-masing. Peserta ditunjukkan bagaimana mengendalikan inventori sungai menggunakan aplikasi GIS, dan ditunjukkan juga bagaimana GIS boleh digunakan untuk menyediakan paparan-paparan untuk pelbagai tujuan seperti “presentation” ataupun cetakan.

gallery

gallery

gallery

Lawatan kerja KP ke Sg. Perak (19 Feb. 2011)

Y. Bhg. Dato’ Ir. Haji Ahmad Husaini Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Sg. Perak, Kuala Kangsar pada 19 Februari 2011. Lawatan tersebut bermula dengan menyusuri Sg. Perak sejauh 38 km. dari Terminal Jeti Sg. Perak di R&R Lebuhraya Utara – Selatan hingga ke Intan Suraya. Y.Bhg. Dato’ Pengarah JPS Malaysia telah diiringi oleh Y. Bhg. Dato’ Ir. Abdul Razak Bin Dahalan, Pengarah JPS Negeri Perak. Hadir sama bagi lawatan tersebut adalah pegawai dari Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak (UPEN), semua Jurutera Daerah JPS Negeri Perak dan Pengarah Urusan, Corak Zaman Sdn. Bhd.

Di Kem Intan Suraya, D.Y.A.M. Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Binti Raja Shahar Shah telah berkenan untuk menyertai rombongan lawatan tersebut. Pihak Corak Zaman Sdn. Bhd. selaku perunding yang menjalankan Projek Pengurusan Bersepadu (IRBM) Sungai Perak telah menyampaikan taklimat program Sg. Perak Istimewa. Projek ini menitik beratkan kepentingan pengurusan dan pemeliharaan Sg. Perak yang merupakan satu warisan khazanah semulajadi dan khazanah sejarah negara yang perlu dikawal selia dengan cekap dan mapan.

gallery

gallery

gallery

gallery

Taklimat Pengurusan Lembangan Sg. Perak Bersepadu (1 Mac 2011)

Lembangan Sungai Perak adalah lembangan sungai yang terbesar di Negeri Perak. Ia meliputi kawasan seluas 14,908 Km persegi iaitu kira-kira 70 % daripada keluasan Negeri Perak. Jumlah panjang Sg. Perak ialah kira-kira 420 Km.

Bagi meningkatkan manfaat Sg. Perak kepada rakyat Negeri Perak, kerajaan negeri sedang bekerjasama dengan Corak Zaman Sdn. Bhd. bagi menyediakan pelan Pengurusan Lembangan Sungai Perak. Menyedari betapa pentingnya penglibatan pelbagai pihak yang berkepentingan dalam pelaksanaan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai tersebut, satu taklimat kepada pihak yang berkepentingan di koridor Sg. Perak telah diadakan pada 01 Mac 2011 di Bilik Mesyuarat JPS Negeri Perak, Ipoh.

Sesi taklimat yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Abdul Razak Bin Dahalan, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak telah dihadiri oleh Pegawai-pegawai Daerah, Wakil-wakil dari pihak berkuasa tempatan dan Jurutera-jurutera Daerah JPS Negeri Perak.

gallery

gallery

gallery