Kemaskini Terakhir: 22 April 2024.

Mesyuarat JK Program Satu Negeri Satu Sungai - Sg. Kinta (11 Ogos 2011)

Jumlah paparan: 379

Pada hari Khamis, 11 Ogos 2011 telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Satu Negeri Satu Sungai - Sungai Kinta. Mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Perak Darul Ridzuan telah dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Dr. Mah Hang Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Pada mesyuarat ini Buditrans Consult Sdn. Bhd., perunding yang menjalankan kajian "Study on Pollution Prevention and Water Quality Improvement Sungai Kinta" telah dijemput untuk membentangkan hasil kajian tersebut. Antara jabatan / agensi yang menghadiri mesyuarat ini ialah Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar, Lembaga Air Perak, Majlis Bandaraya Ipoh, Indah Water Konsortium, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Pejabat Daerah dan Tanah Kampar dan Unit Perancang Ekonomi Negeri.
Mesyuarat kali ini telah membincangkan hasil kajian yang telah dijalankan oleh perunding Buditrans Consult Sdn. Bhd. dan langkah-langkah pencegahan dan penguatkuasaan untuk menangani pencemaran bagi menjayakan program Satu Negeri Satu Sungai. Antaranya ialah tindakan untuk mewajibkan pemasangan perangkap sisa makanan dan lemak (FOG) di restoran dan premis-premis makanan.

Selepas mesyuarat, Y.B. Dato’ Dr. Mah Hang Soon, dengan diiringi oleh Y.Bhg. Dato’ Ir. Abdul Razak Bin Dahalan (Pengarah JPS) dan Y.Bhg. Dato’ Abu Hasan Bin Isa (Pengarah JAS) telah mengadakan sidang media.

gallery

gallery

gallery

gallery

gallery