Lawatan Panel Penilai Penarafan Bintang Program 1N1S (6 Julai 2011)

Jumlah paparan: 351

Lawatan Penilaian oleh Panel Penilai Penarafan Bintang bagi Program Satu Negeri Satu Sungai telah diadakan pada 6 Julai 2011 di Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak. Sesi penilaian dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Y. Bhg. Dato’ Ir. Abdul Razak Bin Dahalan kepada semua yang hadir. Panel Penilai terdiri dari Ir. Tn. Hj. Hanapi bin Mohamad sebagai Ketua Panel dan En. Tan Teow Soon serta Cik Intirani a/l Supramaniam selaku Urusetia Penilai.

Pembentangan taklimat Program 1N1S telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JPS Negeri Perak iaitu Tn. Hj. Juhaimi bin Jusoh dan Jurutera Daerah JPS Daerah Kinta dan Batang Padang En. Baharuddin bin Abdullah. Sesi penilaian turut disertai oleh pegawai-pegawai JPS Negeri Perak dan JPS Daerah Kinta yang terlibat.

Selepas sesi taklimat dan perbincangan di JPS Negeri Perak ahli-ahli panel juga telah dibawa melawat tapak ke beberapa lokasi di Sg. Kinta dan Sg. Pari bagi meninjau dengan lebih dekat persekitaran dan projek-projek yang dilaksanakan di sungai-sungai tersebut.

gallery

gallery

gallery

gallery

gallery