Kemaskini Terakhir: 17 April 2024.

MESYUARAT JAWATANKUASA SATU NEGERI SATU SUNGAI SG. KINTA (25 Okt. 2010)

Jumlah paparan: 314

Pada 25 Oktober 2010 Mesyuarat Jawatankuasa Satu Negeri Satu Sungai telah diadakan di Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Ipoh. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Dr. Mah Hang Soon, EXCO Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak. Jawatankuasa Satu Negeri Satu Sungai Negeri Perak diurusetiakan oleh JPS Negeri Perak dan dianggotai oleh Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Pejabat Tanah dan Daerah Kinta, Majlis Bandaraya Ipoh, Unit Perancang Negeri (UPEN), Jabatan Perkhidmatan Veterina dan Jabatan Pertanian.Antara perkara yang dibincangkan ialah isu-isu berkaitan usaha memulihkan Sg. Kinta selaras dengan objektif program Satu Negeri Satu Sungai iaitu bagi meningkatkan kualiti air kepada kelas II menjelang tahun 2015, bagi menjadikan sungai dan persekitarannya sebagai kawasan rekreasi yang semulajadi dan memastikan sungai bebas dari banjir dan sampah-sarap.Dalam mesyuarat tersebut Y.B. Dato’ Dr. Mah Hang Soon telah meminta satu mesyuarat khas dengan pihak industri dalam kawasan tadahan Sg. Kinta diadakan bagi menjelaskan Program Satu Negeri Satu Sungai dan mendapatkan kerjasama mereka dalam usaha-usaha pemulihan Sg. Kinta. Selepas mesyuarat selesai satu sidang akhbar telah diadakan.

gallery

gallery