Audit Penarafan Bintang Bagi Program Satu Negeri Satu Sungai (13 Ogos 2010)

Jumlah paparan: 389

sample_1

Satu Audit Bagi Penarafan Bintang Program Satu Negeri Satu Sungai telah diadakan 13.08.2010. Seramai tiga orang ahli panel terdiri daripada JPS Malaysia, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani serta Kementerian Tenaga dan Teknologi Hikau telah hadir ke JPS Negeri Perak. Ahli Panel dibawa ke tapak perlaksanaan program Satu Negeri Satu Sungai di Negeri Perak. Antara tempat yang dilawati termasuklah Sungai Kinta, Projek Inflatable Rubber Dam, Projek Pasar Besar Ipoh (Perawatan menggunakan kaedah E.M) dan Projek perangkap sampah di Sungai Rapat. Ahli panel juga turut menyemak laporan kewangan serta aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan termasuklah program-program kesedaran, bahan cetak serta perbagai elemen-elemen berkaitan program Satu Negeri Satu Sungai.

gallery

gallery

gallery

gallery