Lawatan kerja KP ke Sg. Perak (19 Feb. 2011)

Jumlah paparan: 390

Y. Bhg. Dato’ Ir. Haji Ahmad Husaini Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Sg. Perak, Kuala Kangsar pada 19 Februari 2011. Lawatan tersebut bermula dengan menyusuri Sg. Perak sejauh 38 km. dari Terminal Jeti Sg. Perak di R&R Lebuhraya Utara – Selatan hingga ke Intan Suraya. Y.Bhg. Dato’ Pengarah JPS Malaysia telah diiringi oleh Y. Bhg. Dato’ Ir. Abdul Razak Bin Dahalan, Pengarah JPS Negeri Perak. Hadir sama bagi lawatan tersebut adalah pegawai dari Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak (UPEN), semua Jurutera Daerah JPS Negeri Perak dan Pengarah Urusan, Corak Zaman Sdn. Bhd.

Di Kem Intan Suraya, D.Y.A.M. Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Binti Raja Shahar Shah telah berkenan untuk menyertai rombongan lawatan tersebut. Pihak Corak Zaman Sdn. Bhd. selaku perunding yang menjalankan Projek Pengurusan Bersepadu (IRBM) Sungai Perak telah menyampaikan taklimat program Sg. Perak Istimewa. Projek ini menitik beratkan kepentingan pengurusan dan pemeliharaan Sg. Perak yang merupakan satu warisan khazanah semulajadi dan khazanah sejarah negara yang perlu dikawal selia dengan cekap dan mapan.

gallery

gallery

gallery

gallery