Kemaskini Terakhir: 17 April 2024.

Pelancaran BioDcity@MeruRaya (6 Jan. 2011)

Jumlah paparan: 581

Majlis pelancaran BioDcity@MeruRaya telah diadakan di Tapak Pembangunan Bandar Meru Raya yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan Perak Corporation Berhad (PCB). Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Besar Perak iaitu Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Zambry Bin Abd. Kadir pada 06 Januari 2011. Hadir sama di majlis pelancaran itu adalah ahli-ahli Exco kerajaan negeri, para pelabur di BioDcity@MeruRaya, dan pegawai kerajaan peringkat pusat dan negeri.

Pada majlis ini, Dr. Zambry telah menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian persefahaman (MOU) antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dengan enam (6) pihak yang terlibat dalam projek tersebut dan salah satunya ialah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak (JPSNP). Pada majlis tersebut, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak turut bersama-sama mengadakan gerai pameran berkaitan peranan dan bidang tugas JPS.

Projek itu adalah sebuah projek pembangunan yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dengan mengambil kira sumber biodiversiti yang menerapkan ciri-ciri mesra alam. Perkara ini selaras dengan usaha pihak JPS menggalakkan pembangunan dan usaha-usaha pemeliharaan sumber semulajadi dan alam sekitar.

gallery

gallery

gallery

gallery