LAWATAN KERJA YANG AMAT BERHORMAT TIMBALAN PERDANA MENTERI KE PROJEK RANCANGAN TEBATAN BANJIR (RTB) BAGAN DATUK

27 Disember 2025, Bagan Datuk – Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk, YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, telah sudi menghadiri lawatan kerja ke tapak Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bagan Datuk yang terletak di Kampung Sungai Balai Baroh, hari ini.
 
Lawatan tersebut bertujuan meninjau kemajuan pelaksanaan projek serta mendapatkan taklimat berkaitan status semasa Projek RTB Bagan Datuk. Projek ini merupakan antara inisiatif penting Kerajaan dalam usaha mengurangkan risiko banjir berulang, khususnya kejadian banjir termenung yang sering menjejaskan kawasan penempatan penduduk setempat.
 
Turut hadir bersama ialah Pengarah JPS Negeri Perak, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak, Timbalan Pengarah I, Puan Ir. Hajah Azizah binti Mohd Sabri serta wakil-wakil daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, JPS Negeri Perak, pihak kontraktor serta agensi-agensi berkaitan.
 
Dalam lawatan tersebut, YAB Timbalan Perdana Menteri turut diberi penerangan mengenai skop projek, cabaran pelaksanaan serta langkah-langkah mitigasi yang diambil bagi memastikan projek ini dapat disiapkan mengikut jadual dan memberi manfaat optimum kepada rakyat. JPS berharap pelaksanaan projek RTB ini dapat meningkatkan tahap perlindungan banjir, menjamin kesejahteraan penduduk setempat serta menyokong pembangunan sosioekonomi di Daerah Bagan Datuk secara mampan.

Waktu Operasi

Isnin -
Khamis
Waktu Urusan: 8.00 pagi - 5.00 petang Waktu Rehat: 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat Waktu Urusan: 8.00 pagi - 12.15 t/hari 2.45 petang - 5.00 petang Waktu Rehat: 12.15 t/hari - 2.45 petang
Sabtu &
Ahad
Tutup

Statistik Pelawat

  • Hari Ini245
  • Semalam2167
  • Minggu Ini7214
  • Bulan Ini4425
  • Keseluruhan168639
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000

  • 605-254 0290

  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 03 July 2026.

© 2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak