imglogomobile

MAJLIS PEMBERIAN INSENTIF DAN CENDERAHATI KEPADA PESARA TAHUN 2025 JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PERAK

2 Julai 2026, Ipoh – Majlis Pemberian Insentif dan Cenderahati kepada Pesara Kerajaan Negeri Perak bagi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Perak telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, JPS Perak. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Jurutera Bahagian Mekanikal dan Elektrikal JPS Perak, YBrs. Ir. Haji Roslan bin Hussin dan turut dihadiri oleh Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan, JPS Perak Puan Siti Sarah binti Mohd Rasid.
 
Seramai 52 orang pesara telah menerima insentif dan cenderahati sebagai tanda penghargaan atas jasa serta sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan di JPS Negeri Perak. Penganjuran majlis ini merupakan manifestasi penghargaan dan ucapan terima kasih jabatan kepada para pesara yang telah menabur bakti, dedikasi serta komitmen tinggi dalam memperkukuh perkhidmatan awam khususnya di Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak.

Waktu Operasi

Isnin -
Khamis
Waktu Urusan: 8.00 pagi - 5.00 petang Waktu Rehat: 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat Waktu Urusan: 8.00 pagi - 12.15 t/hari 2.45 petang - 5.00 petang Waktu Rehat: 12.15 t/hari - 2.45 petang
Sabtu &
Ahad
Tutup

Statistik Pelawat

  • Hari Ini2962
  • Semalam2209
  • Minggu Ini11191
  • Bulan Ini15371
  • Keseluruhan179585
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000

  • 605-254 0290

  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

Kemaskini Terakhir: 09 July 2026.

© 2026 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak