
6 Januari 2025, Ipoh - YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan b. Dato' Haji Ishak, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak telah membuat kunjungan hormat kepada Pengerusi Komunikasi, Multimedia dan NGO, YB Encik Azlan Helmi bin Helmi di SUK Negeri Perak. Turut hadir bersama adalah Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sumber Air, Hidrologi dan Empangan, Encik Mohd Hafiz bin Ahmad.