16 Januari 2025, Ipoh - Majlis Amanat Pengarah & Perhimpunan Bulanan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak Tahun 2025 telah diadakan di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Majlis ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah I, Timbalan Pengarah II, Ketua-ketua Bahagian, Jurutera-jurutera Daerah, Penolong Jurutera Daerah serta seluruh warga kerja JPS Negeri Perak secara amnya. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan diteruskan dengan amanat yang disampaikan oleh Tuan Pengarah JPS Negeri Perak, Ybrs. Ir. Dr. Asnor Muizan b. Dato' Hj Ishak.



