17 Januari 2024, Ipoh - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Petronas berkenaan perkongsian latar belakang Projek RGT3 di Ibu Pejabat JPS Negeri Perak. Pengarah JPS Negeri Perak, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak telah meluangkan masa untuk mendengar taklimat daripada delegasi Petronas sambil diiringi Timb. Pengarah I, Puan Hajah Ir. Hajah Azizah bt. Sabri, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sumber Air, Hidrologi dan Empangan En. Hafiz bin Ahmad serta Jurutera Daerah Manjung, En. Saiful Adli bin Samsudin.