20 Februari 2025, Ipoh - YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan b. Dato' Haji Ishak, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak telah melakukan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Mohamad Saarani bin Mohamad di Pejabat Menteri Besar. Turut hadir bersama adalah Timbalan Pengarah I, Puan Ir. Hajah Azizah binti Mohd Sabri serta juga Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, Encik Zulkifli bin Idris.
Perkara yang telah dibincangkan bersama YAB MB antaranya ialah status dan cabaran perlaksanaan projek projek RTB Perak dan menerangkan peranan dan penglibatan JPS bagi menjayakan projek dibawah flagship Perak Sejahtera 2030.