SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2025 PERINGKAT IBU PEJABAT JPS PERAK

11 April 2025, Ipoh – Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu pejabat (KESIP) bersama - sama dengan Warga Kerja Ibu pejabat telah menganjurkan Sambutan Hari Raya JPS Peringkat Ibu Pejabat Tahun 2025 yang telah berlangsung di Tingkat 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan.
 
Pengarah, YBrs. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak telah mengetuai Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 Peringkat Ibu Pejabat ini dan telah diiringi oleh Timbalan Pengarah I, Timbalan Pengarah II, Ketua-ketua Bahagian dan seluruh kakitangan.
 
Sambutan telah diserikan dengan dekorasi yang dihias sendiri oleh warga ibu pejabat yang mana telah dibahagikan mengikut Zon masing-masing, iaitu Sungai Beruas, Sungai Kangsar, Sungai Kinta dan Sungai Perak.
Turut diraikan bersama adalah kakitangan Ibu pejabat yang telah bertukar ke jabatan lain dan sesi pemberian sumbangan cenderahati kepada kakitangan yang telah kehilangan ahli keluarga.
mds-smll
  • Tingkat 4 & 5, Bangunan Seri Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  • 605-209 5000
  • 605-254 0290
  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my
freecounter


Kemaskini Terakhir: 16 May 2025.

© 2025 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

MYHRMIS MOBILE