24 April 2025, Ipoh – Pada hari ni telah berlangsung Perjumpaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahalan bin Haji Aziz bersama Pegawai Awam Negeri Perak yang telah diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak, YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak telah hadir bersama Ketua-ketua Bahagian dan Jurutera Daerah JPS Negeri Perak. Antara tujuan perjumpaan ini adalah sebagai salah satu inisiatif dalam memperkukuhkan kolaborasi strategik antara Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan.