Pengenalan
Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME) merupakan salah sebuah bahagian di bawah JPS Perak yang memain peranan penting didalam melaksanakan fungsi dan menentukan kejayaan jabatan. BPME dikhususkan dan dipertanggungjawabkan melaksanakan kerja-kerja dalam bidang mekanikal dan elektrikal. Perkhidmatan yang maksudkan adalah seperti berikut:
(i) Perancangan, rekabentuk, perolehan, perlaksanan pemantauan terhadap semua sistem dan peralatan M&E jabatan.
(ii) Pemasangan, penyelenggaraan, menaiktaraf dan nasihat teknikal kepada semua sistem dan peralatan M&E.
(iii) Membantu mengurus aset M&E jabatan.
Antara teras dan perkhidmatan utama yang penting adalah penyelenggaraan, pembangunan dan penjagaan Pintu Air, Pam Air, Sistem Automasi dan SCADA, Pengurusan jentera dan loji, kecekapan tenaga dan elektrikal serta perkhidmatan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Objektif
Untuk menyediakan perkhidmatan perundingan dan pengurusan Mekanikal dan Elektrikal yang professional serta bermutu tinggi kearah kepuasan hati pelanggan, amalan kejuruteraan yang baik dan serasi dengan alam sekitar. Antaranya ialah :
Fungsi
i) Perolehan jentera dan kelengkapan mekanikal yang sesuai, yang diperlukan oleh Jabatan dari semasa ke semasa.
ii) Peningkatan dan pembaikan kelengkapan mekanikal dan juga jentera Jabatan (kenderaan, jentera berat, pam termasuk pam pegun dan pam bergerak).
iii) Reka cipta dan / atau pengumpulan, pentauliahan, pengujian dan pembaikan semua Pintu Air dan komponennya di bawah skim Jabatan Pengairan dan Saliran.
iv) Reka bentuk, pentauliahan, pengujian dan pembaikan semua Pam dan komponen pam di dalam skim Jabatan Pengairan dan Saliran.
v) Reka bentuk, pentauliahan, pengujian dan kemudian menjaga semua peranti mekanikal yang digunakan oleh Jabatan
vi) Menguruskan semua item kejuruteraan mekanikal terpilih.
vii) Program latihan dan pembinaan kemahiran kakitangan Jabatan dalam menguruskan dan menyelenggara item mekanikal Jabatan.
viii) Menjalankan penyelidikan dan pembangunan dengan tujuan untuk menambah baik dan memodenkan input kejuruteraan mekanikal Jabatan untuk mengekalkan keberkesanan dalam memenuhi keperluan Jabatan.
Tugas Dan Tanggung Jawab
Aktiviti
Menyediakan Khidmat Nasihat Kepakaran Ke Atas Aktiviti-Aktiviti Mekanikal & Elektrikal.
Memberi khidmat Perunding dan Pengurusan bagi kerja-kerja M & E untuk setiap projek berkaitan bagi JPS Negeri Perak.