Perutusan Pengarah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terima kasih kerana sudi melayari laman web rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak. Adalah diharapkan laman ini akan memberi maklumat dan penerangan yang jelas mengenai fungsi serta perkhidmatan yang diberikan oleh JPS bagi pengunjung laman ini.

JPS Negeri Perak telah diamanahkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi pengairan, saliran pertanian, kejuruteraan sungai, saliran bandar, kejuruteraan pantai, khidmat sokongan serta hidrologi dan sumber air untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Sebagai agensi utama yang bertanggungjawab menerajui usaha-usaha melaksanakan program-program pembangunan di luar bandar dan kawasan bandar. JPS Negeri Perak akan sentiasa dan sedia berkhidmat ke arah kecemerlangan dalam perancangan pembangunan dan pengurusan sumber air negara demi mencapai pertubuhan pertanian dan sosio-ekonomi yang mampan selaras dengan wawasan negara.

Saya mengalu-alukan pandangan serta cadangan bagi memperbaiki lagi kandungan ini dan akan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan selaras dengan wawasan JPS untuk menjadi sebuah organisasi yang bertaraf dunia.

Selamat melayari laman web JPS Perak.

YBrs. Tuan Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato' Hj. Ishak, P.M.C.
Pengarah
Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Perak

Kemaskini Terakhir: 14 May 2025.
mds-smll
  • Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
  • 605-209 5000
  • 605-254 0290
  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

© 2025 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

MYHRMIS MOBILE