Bahagian Khidmat Pengurusan adalah diterajui oleh Timbalan Pengarah I JPS Negeri Perak. Sebagai bahagian yang memberi khidmat sokongan kepada JPS Perak, ia dibahagi kepada dua unit utama iaitu Unit Pentadbiran dan Unit Kewangan.
Visi
Mewujudkan pengurusan sumber manusia yang cekap dan berkesan ke arah kecemerlangan dalam sistem penyampaian JPS Perak.
Misi
Merancang dan mengurus sumber manusia dengan berkualiti ke arah pencapaian wawasan JPS Perak.
Objektif
Fungsi
Secara ringkasnya, Bahagian Khidmat Pengurusan ini berfungsi sebagai bahagian sokongan yang menguruskan perkhidmatan, perjawatan, persaraan, hal ehwal kewangan, pentadbiran am, dan kerurusetiaan mesyuarat dan majlis-majlis rasmi jabatan. Selaras dengan perkembangan jabatan serta fungsi jabatan yang bertambah kompleks, bahagian ini perlu juga dirombak dan disusun semula agar dapat menjalankan fungsinya dalam merealisasikan visi jabatan. Bahagian Khidmat Pengurusan berfungsi bagi urusan-urusan berikut :
1. Mengurus semua perkara-perkara berkaitan dengan perkhidmatan seperti berikut :
2. Mengurus Laporan Perisytiharan Harta, permohonan tapisan keselamatan dan menyelaras Laporan Penilaian Prestasi Tahunan JPS Perak.
3. Mengemaskini data dalam sistem aplikasi HRMIS.
4. Mengurus aset alih JPS Perak mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil 5/2007.
5. Mengurusetia mesyuarat-mesyuarat seperti MBJ, Panel Pengurusan Sumber Manusia dan Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus jabatan.
6. Mengurus fail-fail gunasama jabatan, edaran surat-surat jabatan dan pelupusan fail.
Visi
Mewujudkan Sistem Pengurusan Kewangan yang berteraskan integriti dan budaya kerja cemerlang.
Misi
Melaksanakan sistem pengurusan kewangan dengan efisyen dan efektif ke arah merealisasikan visi jabatan.
Objektif
Fungsi
Piagam Pelanggan