ISO 14001- Pengurusan Alam Sekitar (Sg. Kinta)

Polisi

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak adalah komited ke arah menyediakan perkhidmatan pengurusan Sg. Kinta (penyelenggaraan dan pembangunan) yang berkesan dengan mematuhi semua kehendak perundangan yang berkaitan alam sekitar serta lain-lain keperluan yang ditetapkan serta berusaha untuk penambaikan secara berterusan melalui :-

  • Mengawal aktiviti penyelenggaraan dan pembangunan Sg. Kinta supaya tidak mencemar dan merosakan alam sekitar
  • Mewujudkan zon rekreasi yang selamat, mesra pengguna dan mesra alam
  • Memantau efluen yang dilepaskan ke dalam sungai
  • Memeriksa parameter-parameter air sungai mengikut Indeks Kualiti Air (WQI) di lokasi yang ditetapkan

Objektif

Meningkatkan Indeks Kualiti Air Sg. Kinta sepanjang 32 Km daripada Kelas IV kepada Kelas II
Mengurangkan kadar sisa pepejal di dalam sungai daripada 30 tan / bulan kepada sifar pada tahun 2015
Mempertingkatkan keindahan persekitaran sungai sepanjang 32 Km pada tahun 2015

Program Persijilan ISO 14001 – Pengurusan Alam Sekitar (Pengurusan Sg. Kinta) sedang dalam percubaan pelaksanaan. Audit Dalaman telah dibuat pada 22 dan 23 Februari 2011. Audit Pematuhan dijangka akan dibuat pada bulan Oktober 2011.

Peristiwa

Kemaskini Terakhir: 14 May 2025.
mds-smll
  • Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
  • 605-209 5000
  • 605-254 0290
  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

© 2025 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

MYHRMIS MOBILE