21 Januari 2025, Ipoh - Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak telah menerima lawatan rasmi daripada Delegasi Public Utility Board (PUB) Singapore. Pengarah JPS Negeri Perak, YBrs Ir.Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak telah sudi untuk hadir bersama ke bengkel ini bersama Timbalan Pengarah II, Jurutera-jurutera Daerah, Ketua-ketua Bahagian serta Wakil-wakil daripada Agensi & Jabatan di bawah Portfolio Pengerusi INTAP. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengetahun bersama PUB Singapura serta mempelajari pendekatan PUB Singapura di dalam pengurusan bekalan dan tadahan air serta membincangkan mengenai sistem penggunaan air terpakai secara bersepadu di Singapura. Bengkel ini telah dijayakan oleh Institut Darul Ridzuan (IDR) dan telah dijalankan di Menara Lembaga Air Perak, Basco Avenue, Kepayang.