23 Januari 2025 - YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan b. Dato' Haji Ishak, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak telah melakukan kunjungan hormat kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Puan Sandrea Ng Shy Ching di SUK Negeri Perak. Turut hadir bersama adalah Timbalan Pengarah I, Puan Ir. Hajah Azizah binti Mohd Sabri dan juga Ketua Penolong Pengarah Bahagian Saliran Bandar dan Tebatan Banjir, Encik Poh Chee Chin. Pelbagai perkara telah dibincangkan bersama berkenaan dengan Isu banjir, kolam tadahan dan takungan banjir serta pelbagai perkara yg berbangkit.