2 Februari 2025 - YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan b. Dato' Haji Ishak, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak telah melakukan kunjungan hormat kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak, YBhg. Dato' Mohamad Fariz bin Mohamad Hanip. Turut hadir bersama adalah Timbalan Pengarah I, Puan Ir. Hajah Azizah binti Mohd Sabri dan juga Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kejuruteraan Sungai dan Pantai JPS Perak, Encik Mohd Fadhil bin Ahmad. Pelbagai perkara telah dibincangkan bersama berkenaan dengan Akta Kanun Tanah Negara, Pewartaan sungai, Projek-projek RTB di bawah seliaan JPS Perak serta pelbagai perkara yg berbangkit.