4 Februari 2025, Ipoh - Satu taklimat teknikal berkaitan pengurusan banjir kilat dan pengenalan produk Ecobloc System daripada Myhomepalm telah dijalankan di Ibu Pejabat JPS Negeri Perak. Pengarah JPS Negeri Perak, YBrs Ir.Dr. Asnor Muizan bin Dato' Haji Ishak telah sudi menerima kunjungan daripada delegasi Myhomepalm yang diketuai, Dato' Mejar (K) Ir. Dr. Ahmad Anuar bin Othman. Turut hadir bersama adalah Timbalan Pengarah I, Ketua-ketua Bahagian Jurutera-jurutera Daerah serta Penolong Jurutera Daerah JPS Perak.