20 Februari 2025, Ipoh - Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah Sumbangan Saliran Negeri Perak Bil.1/2025 telah dijalankan di Ibu Pejabat JPS Negeri Perak. Mesyuarat ini telah
dipengerusikan oleh YB Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
Turut hadir bersama ialah YBrs Ir. Dr. Asnor Muizan bin Dato’ Hj. Ishak, Pengarah Pengairan Dan Saliran Negeri Perak, Pegawai JPS Perak, wakil daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak serta wakil Pejabat UPEN. Pelbagai isu dibincangkan bersama- sama pihak yang terbabit demi kesejahteraan rakyat Negeri Perak.