KUNJUNGAN HORMAT KORIDOR UTILITI DARUL RIDZUAN KE IBU PEJABAT JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PERAK

07 Mac 2025

  • Utama
  • KUNJUNGAN HORMAT KORIDOR UTILITI DARUL RIDZUAN KE IBU PEJABAT JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PERAK
07 Mac 2025, Ipoh - YBrs. Ir. Dr. Asnor Muizan b. Dato' Haji Ishak, Pengarah JPS Negeri Perak telah menerima kunjungan hormat daripada Koridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDR) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif KUDR, Tuan Adham Nasri bin Mohamad.
 
Turut bersama dalam pertemuan ini adalah Timbalan Pengarah I, Puan Ir. Hajah Azizah binti Mohd Sabri serta juga Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, Tuan Ir. Baharuddin bin Ibrahim serta pegawai-pegawai daripada JPS Ibu Pejabat dan juga KUDR.
 
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menerangkan kefungsian KUDR sebagai satu Agensi yang memastikan pemasangan infrastruktur utiliti di Negeri Perak berjalan lancar, terancang dan selamat.
 
 
 
 
 
Kemaskini Terakhir: 14 May 2025.
mds-smll
  • Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
  • 605-209 5000
  • 605-254 0290
  • jpspk[at]perak[dot]gov[dot]my

© 2025 Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak

MYHRMIS MOBILE