Kemaskini Terakhir: 17 December 2024.

Peranan

Jumlah paparan: 3098

OBJEKTIF JABATAN 

Menyediakan dan membekal perkhidmatan kejuruteraan yang tidak berupaya dilaksanakan oleh golongan sasaran, persendirian dan seterusnya menjamin pembangunan penggunaan tanah secara optimum dalam pengurusan air Negara yang lebih cekap.

OBJEKTIF BAHAGIAN PENGAIRAN

Merancang, menyelaras dan memantau  perlaksanaan dasar-dasar dan program pengurusan infrastruktur-insfrastruktur pengairan, saliran pertanian dan jalan ladang bagi tanaman padi.

OBJEKTIF SALIRAN PERTANIAN

Merancang,menyelaras dan memantau perlaksanaan dasar-dasar dan projek saliran bagi pembangunan tanaman kekal dan komersil yang secara langsung menambahkan pembangunan ekonomi Negara di sector pertanian serta peningkatan produktiviti khususnya bagi pekebun-pekebun kecil.

OBJEKTIF PANTAI

Merancang, menyelaras dan memantau perlaksanaan dasar-dasar dan projek kawalan hakisan pantai dan memperbaiki muara-muara sungai serta mengumpul, membekal data bersabit dengan kejuruteraan pantai . Membantu jabatan memberi khidmat nasihat teknikal di dalam pengurusan zon pantai.