Kemaskini Terakhir: 17 December 2024.

Maklumat Umum

Jumlah paparan: 3932

sample_1

Bahagian Sungai bertanggungjawab merancang dan menyelaras pelaksanaan pelbagai program, projek dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pengurusan sungai termasuk penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan dasar dan perundangan bagi memastikan lembangan sungai diurus dengan sempurna untuk keperluan pemeliharaan kuantiti dan kualiti sumber air. Dianggotai oleh seorang Penolong Pengarah Kanan, 2 orang Penolong Jurutera, 2 orang Juruteknik dan 2 orang Pelukis Pelan.

Sungai adalah satu aset yang amat bernilai, bukannya liabiliti, sungai tidak dapat dipisahkan dari kehidupan. Sungai menjadi sumber air utama kepada bekalan air domestik, industri dan pertanian. Sungai juga penting dalam penjanaan tenaga hidro-elektrik, perikanan, pengangkutan air dan rekreasi, serta untuk keperluan alam sekitar bagi menampung sistem ekologi dan kepelbagaian biologi. Oleh itu sungai perlu dipelihara dan diurus dengan baik.


Maklumat Sungai


Projek Bahagian Sungai

Dalam Perancangan

 

Dalam Pembinaan


Telah Siap


Program Bahagian Sungai


Inisiatif dan Inovasi

  • Tatacara Laporan JPS Kepada Agensi Penguatkuasa.
    Satu panduan kepada JPS Daerah bagaimana mengendalikan laporan JPS kepada agensi-agensi penguatkuasa berkaitan perkara-perkara yang memerlukan tindakan penguatkuasaan ...... butiran lanjut

  • Proses Mengembalikan Wang Cagaran Pengambilan Pasir.
    Panduan kepada JPS Daerah tentang dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan untuk memproses permohonan menuntut kembali wang cagaran pengambilan pasir ........ butiran lanjut

Kisah-Kisah Silam

  • Kempen Cintailah Sungai Kita.
    Program kesedaran awam tentang kepentingan pemeliharaan sungai yang pernah dilaksanakan dari tahun 1993 hingga tahun 2004 ........ Kempen Cintailah Sungai Kita