Selaras dengan ketetapan Majlis Sumber Air Negara yang mahukan rizab-rizab sungai diwartakan, JPS Negeri Perak mengambil pendekatan untuk mewartakan rizab sungai di bawah Seksyen 13 Kanun Tanah Negara (KTN) terlebih dahulu dan diikuti dengan pewartaan di bawah Seksyen 62 KTN secara berperingkat-peringkat.
Penyediaan maklumat dan kertas cadangan telah dimulakan pada tahun 2009 untuk tujuan pewartaan di bawah Seksyen 13 KTN. Kertas cadangan tersebut telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada bulan Mac 2010 dan sekarang dalam tindakan PTG untuk mewartakannya. Maklumat dan kertas cadangan untuk pewartaan rizab sungai di bawah Seksyen 62 KTN sedang disediakan. Keutamaan adalah untuk sungai-sungai yang projek JPS telah siap dan pengambilan balik tanah telah selesai.
Sungai-sungai yang sedang dalam semakan adalah :-
- Sg. Hangai (Hulu Perak)
- Sg. Bidor (Teluk Intan)
- Sg. Kangsar (Kuala Kangsar)