Kemaskini Terakhir: 17 December 2024.

Penerangan Logo JPS

Jumlah paparan: 6025

logo JPS

Lima jalur gelombang yang mengalun membawa pengertian pancadarma Jabatan Pengairan dan Saliran iaitu pengairan, saliran, kejuruteraan sungai, kejuruteraan pantai dan pengurusan sumber air.

Bentuk gelombang menggambarkan Jabatan yang dinamik, sentiasa bersedia dan bersemangat, sehaluan arus menuju kemajuan, mara tanpa mengenal kecewa, tidak rela menyerah demi menjayakan perkhidmatan sempurna.

Alunan hamparan kebiru-biruan yang akhirnya bercantum sebati menjadi lelangit serba hijau menggambarkan kemajuan pertanian dan keindahan alam sekitar, hasil penyatuan kejuruteraan dan alam semesta sehingga terolah persekitaran yang harmonis selaras dengan falsafah "Air dan Persekitaraan, Warisanku".