jps@komuniti adalah satu pendekatan sub-basin yang sistematik dan bersepadu, dalam menyelesaikan 7 isu berkaitan JPS dalam seluruh daerah dengan cepat, mesra komuniti dan efektif dibawah kepimpinan Jurutera Daerah dan pada masa yang sama menerima sokongan sepenuhnya dari JPS Negeri dan JPS Malaysia. jps@komuniti menggunapakai kaedah DEEP (Describe, Explain, Evaluate, Prescribe) yang direkabentuk secara sistematik sebagai satu alat pengurusan.
Tujuh isu utama yang berkaitan dengan bidang tanggungjawab JPS ialah isu banjir, pengurusan sungai dan koridor sungai, zon pantai, sumber air, saliran mesra alam, sistem amaran banjir, pengairan dan saliran pertanian.
Sungai dibawah program jps@komuniti :-
Daerah | Nama Sungai | Panjang (KM) | Kualiti Air Sungai Kelas |
Kerian | Sg. Semang | 5.7 | III |
Larut Matang dan Selama | Sg. Batu Tugoh | 10.9 | II |
Kuala Kangsar | Sg, Kangsar | 20.0 | II |
Hulu Perak | Sg. Lenggong | 10.0 | II |
Perak Tengah | Sg. Parit | 3.2 | III |
Manjung | Sg.Dendang | 11.0 | II |
Kinta | Sg. Pari | 28.8 | III |
Batang Padang | Sg. Slim | 22.4 | II |
Kampar | Sg. Dipang | 57.6 | I |
Hilir Perak | Sg. Bidor | 67.0 | II |
Peristiwa
- Hari pengiktirafan jps@komuniti (12 Mei 2011)
- Sesi jps@komuniti Bersama Petugas Profil Daerah Dan GIS (23 Mac 2011)
- jps@komuniti Daerah Larut Matang dan Selama Bersama Pengarah Kanan JPS Malaysia (18 Mac 2011)
- Taklimat jps@komuniti Untuk Juruteknik & Penolong Jurutera (26.Jan 2011)
- Lawatan Kerja Pengarah Kanan ke jps@komuniti JPS Larut Matang & Selama (30 Dis. 2010)
- Sesi "Hands-On" Penyimpanan Data GIS JPS Negeri Perak(16 Dis. 2010)
- Lawatan Kerja jps@komuniti TKP II Ke JPS Larut Matang & Selama (12 Dis. 2010)