Sejak kebelakangan ini kualiti air sungai semakin menghadapi ancaman pencemaran. Sekiranya langkah-langkah sewajarnya tidak diambil, kualiti air sungai akan terus merosot dan selanjutnya menjejaskan sumber air dan kehidupan keseluruhannya. Oleh itu kempen kesedaran awam dan penglibatan komuniti amat penting untuk meningkatkan lagi kesedaran tentang betapa pentingnya sungai dalam kehidupan dan mengajak orang ramai bersama-sama memeliharanya. Berbagai-bagai bentuk, pendekatan dan pengisian program dilaksanakan. antaranya :-
- Edaran risalah dan pamplet
- Edaran poster ke sekolah-sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi seluruh negeri
- Pameran
- Pemasangan billboard "HENTIKAN PENCEMARAN SUNGAI" setiap daerah
- Ceramah dan taklimat
- Aktiviti River Ranger
Peristiwa
- Demo Bio-indikator dengan SMK Dr. Burhanudin Helmi Taiping (14 Jun 2011)
- Ceramah Pemeliharaan Sg, Kinta di Kg. Temiang (4 Jun 2011)
- Pameran di SMK Muzafar Shah G, Semanggol (27 April 2011)
- Kursus Kesedaran - Pengurusan Sg; Kinta (21 Feb. 2011)
- Ceramah Pemeliharaan Sungai bersama Sahabat Alam Malaysia (18 Feb. 2011)