Kemaskini Terakhir: 17 December 2024.

LAWATAN TEKNIKAL OLEH YB SENATOR DATO’ DR. AHMAD MASRIZAL BIN MUHAMMAD, TIMBALAN MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR KE DAERAH PERAK TENGAH.

Jumlah paparan: 546

gambar1   gambar2   gambar3

Seri Iskandar, 4 Mac 2021 - Lawatan Teknikal telah diadakan oleh YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal bin Muhammad, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air ke Daerah Perak Tengah, Perak.
Lawatan Teknikal ini adalah untuk melihat lebih dekat ke kawasan Cadangan Projek Membaikpulih Infrastruktur Akibat Banjir di Parlimen Parit. Tiga cadangan lokasi projek iaitu di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Rimba Raja, Kampung Parit 14, Mukim Bota dan Sungai Senin, Mukim Layang-Layang.
PPRT Rimba Raja mengalami banjir adalah disebabkan hujan yang berterusan dan air tidak dapat mengalir ke Sungai Perak yang merekodkan bacaan hujan sebanyak 73mm pada 4 Januari 2021.
Taburan hujan di kawasan tadahan Bukit Chermin (Ladang Felcra Bota Lambor) serentak dengan aras Sungai Perak yang tinggi menyebabkan kejadian banjir di Kampung Parit 14.
Hakisan tebing muara Sungai Senin pula berpunca dari pertambahan aliran Sungai Senin akibat daripada pembangunan di Bandar Seri Iskandar.
Walaubagaimanapun, cadangan penyelesaian jangka pendek dan panjang melalui pemasangan pam bergerak dan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Perak Tengah dijangka mampu menyelesaikan masalah banjir di kawasan tersebut.
Lawatan ini juga telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ir. Nor Hisham bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah JPS Malaysia, YBhg. Dato Ir Dr Anuar bin Othman, Pengarah JPS Perak, YBrs. Puan Rozalinawati binti Che Roslee, Pegawai Daerah Perak Tengah, YBrs. Tuan Mohd Syukri bin Azaari, Yang Di-Pertua Majlis Daerah Perak Tengah, YB Khairul Shahril bin Mohamed, ADUN Bota dan YB Khairudin bin Abu Hanipah, ADUN Belanja.

gambar4   gambar5   gambar6

gambar7   gambar8   gambar9

gambar10   gambar11   gambar12

Tags: Berita