Kemaskini Terakhir: 17 December 2024.

LAWATAN KE KAWASAN BANJIR KILAT SEKITAR SUNGAI SENAM DUN CANNING

Jumlah paparan: 563

gambar1   gambar2   gambar3.jpg

Ipoh, 13 Julai 2022 - Satu lawatan dilakukan untuk menangani isu banjir kilat di kawasan DUN Canning bersama-sama YB Dato' Zolkafly bin Harun, YB Jenny Choy Tsi Jen, ADUN Canning, Jurutera JPS Daerah Kinta, Pegawai Kanan Bahagian Operasi & Penyelenggaraan Sungai serta Jurutera Saliran Majlis Bandaraya Ipoh.
Lawatan ini bertujuan meninjau keadaan Sungai Senam yang sering berlakunya banjir kilat terutama di kawasan Balai Polis Sungai Senam dan Pejabat Pasukan Gerakan AM (PGA). Punca utama adalah akibat hujan lebat pada 15 Jun 2022, dengan penerimaan cerapan hujan lebat/ribut melebihi 100mm di kawasan tersebut.
Hasil perbincangan bersama satu tindakan jangka masa pendek akan diambil oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) untuk menaik taraf culvert sedia ada dengan menggunakan kaedah 'pipe jerking crossing' di persimpangan empat Jalan Hospital manakala pihak JPS akan mengorek sungai, membersihkan rumput serta menaiktaraf ban Sungai Senam bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan tersebut.

gambar4   gambar5.jpg   gambar6.jpg

Tags: Berita