Kemaskini Terakhir: 17 December 2024.

PERASMIAN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KARNIVAL SUKAN JPS KALI KE-16

Jumlah paparan: 337

gambar1   gambar2   gambar3.jpg

29 September 2023, Ipoh - Bertempat di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak telah berlangsungnya Majlis Perasmian PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN KARNIVAL SUKAN JPS KALI KE-16 yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani Bin Mohamad, Menteri Besar Perak. Pada edisi karnival sukan kali ini, sebanyak 15 pertandingan sukan diadakan yang disertai oleh lebih daripada 2,000 orang atlit-atlit JPS dari 17 kontinjen JPS seluruh Malaysia yang berada di Bandaraya Ipoh bagi merebut kejuaraan sukan JPS yang diadakan secara dwi-tahunan ini. Ketua Pengarah JPS Malaysia menyeru kepada semua pegawai dan kakitangan awam yang mengambil bahagian menggunakan kesempatan ini untuk saling berkenal-kenalan dan membina kerjasama yang erat. Semoga Kejohanan Karnival Sukan kali ini berjalan lancar dan meriah berlandaskan semangat kesukanan yang padu.

gambar4   gambar5   gambar6.jpg

Turut sama menyertai majlis perasmian Kejohanan Karnival Sukan ini juga adalah YB Tuan Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kerajaan Negeri Perak, YB Datuk Seri Mohamad Nizar bin Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak, Puan Halizah binti Sipun, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dr. Ching Thoo A/L Kim, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (Sumber Air dan Pembetungan), Dato’ Ir. Sabri bin Abdul Mulok Presiden MAKSAK JPS Malaysia merangkap Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes) dan Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md. Naziri, Yang Dipertua MAKSAK JPS Negeri Perak serta Pengarah Bahagian dan Negeri dan semua kontinjen dari seluruh negeri.

gambar7   gambar8   gambar9.jpg

gambar10   gambar11   gambar12.jpg

Tags: Berita