Kemaskini Terakhir: 17 December 2024.

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PENGARAH PERAK HYDRO RENEWABLE ENERGY CORPORATION SDN. BHD.

Jumlah paparan: 518

gambar1   gambar2   

27 Oktober 2023, Ipoh - Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Perak, Ir. Ts. Ahmad Shahrir Bin Md. Naziri telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Perak Hydro Renewable Energy Corporation Sdn. Bhd., Tuan. Dzulkifly Bin Abd Khalid. Kunjungan ini adalah bertujuan perbincangan berkaitan isu-isu Mini Hidro dan tenaga boleh diperbaharui. Turut hadir di dalam kunjungan ini adalah En. Mohamad Fahmi Hafizi Bin Mustafa, Pengurus Projek dan En. Khairil Amir Bin Zainal Azir, Pengurus Operasi. Manakala pegawai dari Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak diwakili oleh En. Mohd Hafiz Bin Ahmad, Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Air, Hidrologi dan Empangan, Dr. Alif Syazani Bin Leman, Ketua Bahagian Korporat dan En. Ahmad Nizar Bin Ramli Penolong Jurutera Bahagian Sungai dan Pantai.

gambar3.jpg   gambar4

Tags: Berita